Wednesday, July 16, 2014

jihad yang hampir dengan kita ......

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM.....
Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya..



Setelah agak lama tidak bertandang keblog ini ,hari ini telah punya kelapangan dan kesempatan untuk berkongsi satu artikel yang berkait rapat dengan urusan kehidupan kita . Sesuatu perkara yang sangat salah tetapi telah menjadi suatu perkara yang sukar untuk kita elakkan ....RIBA ...

Dikongsikan satu artikel tentang riba semoga dapat memberikan pencerahan kepada kita mudarat yang telah sebati dalam kehidupan kita semua ...




Kredit : WARGA PRIHATIN. 

Darah kita meluap, hati kita dihembus dengan haba emosi untuk BERJIHAD dengan nyawa. Bertumpah darah juga kita sanggup demi mempertahankan Islam yang diratah dan diserang di sebahagian ruang dunia kononnya itulah SENJATA KEMUSNAHAN Yahudi kepada orang Islam. TETAPI kita lupa, Nabi telah peringatkan kita tentang SENJATATERBESAR dalam konspirasi ekonomi yang memusnahkan Islam secara total dan menjadi hamba "mereka" selama-lamanya. Baca terus dan anda akan hayatinya. Mengapa ramai yang sanggup mahu syahid bermandi darah sedangkan jihad yang lebih besar melawan riba kita kesampingkan sahaja seolah-olah ia enteng. Tidaklah enteng jika nabi memberi amran khusus untuk mengharamkan riba pada khutbah terakhir baginda.

Hari ini kita mampu untuk beli sebuah rumah RM500,000 hanya dengan pinjaman. Kita ukur kemampuan kita bergaji RM5,000 sebulan dengan pembayaran bulanan. Lalu kita nampak kita mampu menanggung hutang itu. Lalu kita bayarlah rumah itu untuk tempoh 40 tahun. Setelah 40 tahun, jumlah bayaran yang kita langsaikan ialah RM1,500,000. RM1 Juta ialah faedah yang diambil oleh bank itu sendiri.

Sistem riba menjadikan barang jadi mahal. Ini kerana kos tambahan dari sistem riba dalam seluruh rantaian sistem produksi juga sebab pertambahan demand akibat keghairahan NAFSU membeli yang tidak berdasarkan kemampuan saku tapi kemudahan berhutang.


KITA RASA ITU BIASA SAJA BUKAN?

Tahukah kita, jika tiada riba di dalam dunia ini, rumah yang kita beli itu mungkin hanya bernilai RM30,000 SAHAJA. Nanti dulu, gaji kita pula mungkin mampu sampai RM10,000 (pada nilai bukan pada kertasnya).

Kali ini, kami akan mengupas topic “bosan” ini yang jarang orang nak hiraukan sangat. Ramai orang tak tahu pun, riba itu disebut sebagai dosa ke-empat terbesar selepas menyengutukan Allah, sihir dan membunuh. Berzina dengan ibu sendiri juga dosanya tak sebesar dosa riba.

Hari ini, Jabatan Agama Islam menangkap penzina dan dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman TETAPI mengapa riba yang menjadi dosa ke-empat terbesar dalam Islam tidak pula ditangkap. Malah, ia dibiarkan berleluasa di semua peringkat.

Mungkin ada yang mengatakan yang kita sudah tidak riba lagi, dan kita menggunakan SISTEM EKONOMI ISLAM dan sistem perbankkan Islam. Mahulah kami simpulkan, dari pengertian riba yang sebenarnya, bahawa sistem perbankkan Islam juga hanya menukar nama dan memperkenalkan akad tanpa perubahan actual dalam kekejaman kewangan. Hari ini kita pasti akan keliru dengan sistem perbankkan Islam yang menawarkan pinjaman perumahan RM500,000 dan bayar semula RM1,500,000 berbanding konvensional yang sedikit terbuka dengan spekulasi pasaran yang secara purata mungkin lebih rendah dan kadang-kadang (atau jarang-jarang) lebih tinggi dari Islamik.

Sebab itu, perbankkan Islam kini menjadi agenda ekonomi dunia. Kerana ia lebih menguntungkan dari sistem konvensional. Seperti ayam yang disembelih dengan BETUL TEKNIKNYA oleh Ah Seng dan juga ayam yang disembelih oleh Pak Karim yang baca Bismillah. Itu sahaja bezanya. Secara teknikal ia sama cuma secara kulit ia kelihatan Islamik. Malah kadangkala cara sembelihan dan pengurusan karkas Ah Seng mungkin jauh lebih bersih dan sihat pun.

Sebelum ada yang bersilat melatah dan mengeluarkan komen-komen yang buruk tanpa membaca habis artikel ini, mari kami tunjukkan mekanisma bagaimana riba ini menghancurkan manusia. 



RIBA IALAH AGENDA PENJAJAHAN & PERHAMBAAN MODEN

Hari ini, seorang bayi yang dilahirkan telah tertulis hutang piutangnya. Seorang lelaki dewasa yang dikatakan MERDEKA telahpun berhadapan dengan hutang pelajaran, kad kredit dan hutang kenderaan motor. Berapa ramaikah yang masih bebas dari riba? Adakah lagi? Jika mahu ditanggap oleh Jabatan Agama Islam kerana melakukan riba, pastinya tak cukup penjara nak disumbatkan pesalah-pesalahnya.

PENJELASAN SECARA TEKNIKAL

Hari ini, kita berbelanja bukan mengikut kemampuan saku tetapi kita berbelanja mengikut kemampuan kita mampu bayar sebelum kita MATI. Natijahnya, seorang lelaki biasa akan mula komited dengan hutang-hutang mereka seperti hutang kereta (9 tahun atau selama-lamanya kerana sentiasa akan beli kereta baru), hutang rumah pula (40 tahun / sampai mati), hutang kahwin (5-10 tahun), Hutang belajar (5-15 tahun) dan hutang kad kredit.

Semua ini membuatkan KITA MENJADI ORANG TERJAJAH dan bukannya orang merdeka. Kita tak mungkin mampu untuk berlepas diri dari segala kekangan hutang itu sehingga kita terpaksa bekerja SELAMA-LAMANYA untuk membayar hutang yang kita mulakan pada usia kita 20-an.

Lihat sini dengan tenang. Jika tanpa riba, kita bergaji RM3,000 dan kita mampu berkereta bernilai RM10,000 sahaja. Pengeluar kereta juga akan mengeluarkan kereta pada pasaran mampu dengan kadaran RM10,000 sebuah kereta. Maka kita akan menabung ATAU BERKONGSI wang untuk sampai RM10,000 dan pergi ke kedai untuk beli, bayar dan bawa pulang dengan senang hati.

Insuran pun memadai dengan THIRD PARTY sahaja. INSURANCE FIRST PARTY tidak jadi wajib melainkan atas kesedaran pemilik untuk insurankan kereta mereka. Apabila insuran tidak wajib, maka ia satu pilihan yang mampu kita pilih dan insuran juga akan jadi rendah premiumnya kerana kita ada pilihan. Tidak seperti sekarang, insuran FIRST PARTY jadi wajib maka berapa sahaja mereka nilaikan… kita wajib bayar tanpa banyak soal. Itu juga cabang riba, satu perniagaan secara paksa, menindas dan mengambil untung berlebihan.

Pada kes itu, kita akan berbelanja mengikut kemampuan saku. TETAPI apabila riba diperkenalkan, maka kita yang bergaji RM3,000 MAMPU MEMBAYAR KEMBALI PINJAMAN SEHINGGA RM50,000. Maka penjual kereta juga bertindak mengikut situasi pasaran yang orang sudah mampu memiliki kereta bernilai RM50,000. Maka harga kereta juga akan jadi sebanyak itu.

Itu tidak termasuk perlaksanaan riba dalam semua lapisan. Sebutir skrew di sebuah kereta yang sepatutnya bernilai RM10,000 itu juga dikilangkan oleh sebuah kilang yang MEMINJAM BANK untuk modal pengeluaran mereka. Lalu, kos riba itu ditanggung secara efek domino dalam keseluruhan rangkaian bekalan. Pengilang enjin pula akan beli skrew dan nut dari kilang itu secara hutang. Dan hutang itu juga ada kos nya. Walaupun tidak dinyatakan dalam bentuk peratusan, logiknya jika bekalan kita BELI TUNAI pasti dapat diskaun lagi. Sebenarnya ia bukan diskaun tetapi itulah harga sebenar. Jika debeli secara hutang atau ‘consignment’ ia akan jadi tinggi sedikit harganya. Itu juga berlaku riba.

Tak termasuk lagi kes kilang enjin itu yang terpaksa meminjam bank juga untuk mengilang engin. Kalau nak dalami lagi, cuba gali sampai ke lombong besi yang menggali besi untuk dibuat skrew tadi. Riba berlaku dalam segala lapisan dan kosnya akan terus dibawa ke hadapan.

jelas sekali riba berlarutan dalam semua rangkaian bekalan. Maka, kereta yang sepatutnya berharga RM10,000 dengan kos pembuatan RM7,000 akan meningkat kos pembuatannya menjadi RM30,000 dan dijual pula pada harga katalah RM50,000 mengikut KADAR KEMAMPUAN PASARAN MEMBUAT PINJAMAN, bukan berdasarkan kos pembuatan sebenar.

Kerana tiada pilihan, kerana riba sudah menjadi SISTEM EKONOMI, maka kita terpaksa memakan riba itu juga. Sedangkan, Allah sudah katakana bahawa pemberi dan penerima riba kedua-duanya sama sahaja. 



PESANAN LARANGAN RIBA ADALAH PESANAN TERAKHIR NABI

Dalam khutbah wida, Nabi telah menyatakan larangan riba secara spesifik. Tidak pula ada larangan dosa-dosa lain seperti makan babi, minum arak atau yang lain-lain lagi. Tetapi RIBA itu nabi sebut secara spesifik. Jika ia tidak penting, pasti Nabi juga tidak menyatakannya pada khutbah baginda di Arafah semasa Haji Wida baginda.

Nabi tahu, riba ialah senjata pemusnah SENYAP. Ia telahpun diamalkan oleh orang Yahudi sendiri dalam proses urusniaga jahilliyah sedangkan ia adalah larangan Allah yang dinyatakan dalam semua kitab-kitab Allah dari Taurat sampai kepada Al-Quran. Hatta, pengharaman riba berlaku dalam Agama Kristian pada Era Medieval tetapi mengapa kini kita sudah tidak merasakan riba itu tidak berdosa sepertimana zina?

Jika kita katakana kita tiada pilihan? Nanti bakal ada yang katakan, mereka yang berzina juga tiada pilihan kerana perkahwinan menjadi semakin sulit? Dosa riba lebih besar dari zina. Perkahwinan pula untuk mengelakkan zina, tapi berapa ramai pula yang terpaksa ambil loan dengan riba untuk berkahwin?




MEKANISMA KEMUSNAHAN SENYAP

Hari ini, kita yang kononnya merdeka dan menikahkan anak gadis kita sendiri sebagai walinya telah hilang KEMERDEKAAN yang menjadi salah satu syarat sah seorang wali. Bagaimanakah kita ini? Kita belum merdeka dari hutang. Kita sentiasa rasa kita tak boleh nak mati hari ini kerana kita masih ada hutang yang tidak mahu kita wariskan kepada anak-anak dan isteri kita nanti. Maka kita sudah jadi manusia yang tidak sedia untuk dipanggil Allah. Langsung, kita menjadi manusia yang tidak rindukan Allah.

Hari-hari kita akan bangkit untuk bekerja dari pagi sampai ke malam JUGA UNTUK BAYAR HUTANG. Kita kata kita CINTA ALLAH tetapi sehari kita hanya beri Allah 25 minit sahaja (5 minit untuk setiap waktu). Mungkin ada yang rajin sikit, mereka berikan 1 jam sehari untuk Allah. Sedangkan baki masa itu digunakan untuk mengejar wang ringgit untuk membayar hutang kepada TUAN kita.

Bukankah itu sama seperti seorang hamba? Berapa ramai antara kita yang belumpun gaji masuk ke akaun tetapi telah ada bahagian orang lain dari pendapatan itu. Hutang rumah, hutang kereta, hutang kahwin, hutang ceti, hutang kad kredit, hutang belajar dan macam-macam lagi.

Adakah masa untuk kita bangunkan ummah?
Bilakah masa untuk kita perkasakan Islam?
Adakah lagi baki masa untuk kita melaksanakan sunnah?

Ataupun kita hanya panggil bersolat di masjid dan surau sehari semalam sebagai wacana pembangunan umat? Bilakah solat berjemaah kita itu mampu untuk menjadi satu disiplin aktual gerak kerja yang memajukan Islam atau hanya sekadar ritual tanpa perlaksanaan? Mengapa pula masjid kini berkunci pada bukan waktu solat? Mengapa masjid Nabi dan masjid komuniti sekitar Madinah dahulu bukan sekadar tempat solat?

Di masjid sekarang ini, mengapa hanya cantik tetapi sekadar menjadi lapangan solat? Di mana perekonomian? Di mana baitulmal? Di mana fungsi social? Di mana fungsi pembinaan umat? Di mana fungsi pembangunan keluarga? Di mana segala fungsi masjid yang dahulu ada dalam masjid nabi tetapi hari ini masjid hanya jadi pusat solat. Jika tidak dikunci malam hari akan jadi pusat zina bagi mereka yang nak cari port selamat melampias nafsu.

Semua berada dalam hutang dengan kadar kemampuan PALSU. Mereka tak seluk saku untuk lihat kemampuan tetapi menjengah PUSAT RIBA berapakah mereka layak untuk berhutang.

Golongan BERHUTANG adalah salah satu dari golongan ASNAF menurut Al-Quran dan layak menerima zakat. Jika dikira begitu, hari ini kita kebanyakannya di Malaysia ini adalah golongan ASNAF. Jika apa yang terjadi pada kita hari ini adalah yang haq, maka kita akan menzalimi baitulmal yang terpaksa memberikan kita bantuan zakatnya? Siapa pula nak membayar zakat jika semuanya adalah PENGHUTANG?

Ataupun, pada zaman Nabi dahulu tiada orang berhutang. Jika adapun yang berhutang itu adalah golongan yang sangat terdesak dan mereka berhutang kerana mereka lapar dan keputusan makanan mungkin. Inilah orang yang layak menerima pembelaan baitulmal dan tergolong dalam 8 kategori asnaf.

HALUSNYA KONSPIRASI MEREKA

Selagi Islam belum pupus, selagi itulah musuh Islam akan terus menghancurkan Islam. Tidakkah kita belajar bagaimana Skim Ekonomi Ponzi yang dilaksanakan oleh USA telah menumbangkan gergasi ekonomi ini? Krisis Ekonomi Sub-Prima yang disebabkan juga oleh hutang-hutang dan riba-riba yang dilaksanakan secara sistemik.

Kita pula, nak ikut model kejatuhan itu. Household Debt (Hutang Isirumah) di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. Seterusnya, kita tahu apa akan berlaku pada kita nanti. 


SOLUSI MELAWAN RIBA

Kami dalam satu komuniti kecil ini telah 90% bebas dari riba. Kami bangunkan model baitulmal kami sendiri dalam komuniti kecil ini. Dan laksanakan wakaf sebagai satu perkongsian pintar yang pewakaf tidak kehilangan haq tetapi bertambah kaya dari segi akses kepada perbendaharaan baitulmal kami. Kami berharap, baitulmal yang ada kini mampu memberikan satu reformasi besar dalam perekonomian.

Hari ini, baitulmal hanya menjadi tempat orang miskin meminta bantuan zakat. Mengapakah itu sahaja fungsinya? Mengapakah tidak seperti yang berlaku pada zaman nabi dahulu yang mana fungsi baitulmal ialah seperti rangkuman fungsi-fungsi berikut (dalam dunia moden)

1. Bank Negara
2. Pemungut Jizyah (cukai)
3. Pusat Zakat dan Infaq
4. Pusat Wakaf
5. Amanah Wasiat
6. National Treasure / Perbendaharaan
7. Kementerian Kewangan
8. Kementerian Pembangunan Usahawan
9. Kementerian Industri dan Perdagangan Antarabangsa
10. Insuran
11. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
13. Kebajikan Masyarakat
14. Pusat perangkaan ekonomi
15. BANYAAAAAAAKKKKKKK LAGI FUNGSI YANG KINI DITIADAKAN.

Sebab itu, apabila BAITULMAL yang dahulu menjadi satu nukleus kemajuan perekonomian Islam kini tercantas fungsinya menjadi sangat minor dan tidak mampu mengubah apa-apa dan tak mampu membendung riba yang kini menjadi darah daging kita.

Kami telah lakukannya selama 8 tahun. Kami akan bebas dari riba 100% dalam 1-2 tahun lagi. Itupun dari hutang-hutang lama pengasas-pengasas kami yang dilakukan sebelum kami memulakann baitulmal kami sendiri.

Kami tidaklah sekaya baitulmal diluar yang boleh secara terang-terangan mempromosikan pembayaran zakat di saluran mereka. Kami hanya menerima zakat dari kalangan pengasas-pengasas kami yang 20 orang ini dan juga beberapa individu-individu lain yang sanggup menyumbang tanpa kami janjikan dengan pengecualian cukai pendapatan.

Walaupun tidak kaya dari pembayar zakat, kami telahpun menyemai sedikit itu dalam perniagaan dan pendidikan anak-anak kami sehingga perkembangan perniagaan kami mampu untuk seiring dengan keperluan pendidikan anak-anak kami. Dan anak-anak kami yang telah keluar dari Universiti pula mampu kembali dan memajukan lagi perniagaan-perniagaan kami di sini.

MEMANG ADA CARA DAN JALAN KELUAR. MALANGNYA HARI INI,

Berapa ramaikah yang mahu menjengah Al-Quran apabila mereka menghadapi masalah?


Jika ada, berapa ramai pula yang fahami ayatnya?


Berapa ramai pula yang laksanakan penyelesaian yang Allah berikan dalam Al-Quran itu?


Atau kita hanya sekadar mengeluh TANPA ADA USAHA MELAKUKAN ISLAH

Kita jadi seperti anjing yang menyalak-nyalak hingar kerana ada paku di tempat tidurnya TETAPI tidak pula mahu berganjak dari tempat tidur berpaku itu.

Fikirkan semula… kita ini HAMBA TUHAN atau HAMBA TUAN?
Benarkah kita sudah merdeka?



...... mungkin kita tidak dapat mengelakkan sepenuhnya dari berhutang tapi kita mungkin boleh mengelak dari riba ...menabung misalnya ..


                                                                                                    koi.org chenor
                                                                                                    17.7.2014 10.05 am 

Friday, April 25, 2014

MH 370 ....pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM.....
Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya..






Kerana terlalu lantang bersuara adakah menyebabkan blog beliau 'disekat' ? Baca terjemahan artikel mengenai MH370. Air Force One dicipta untuk tidak dikesan radar untuk mengelak musuh. Penciptanya juga Boeing 

.ini adalah terjemahan artikel berbahasa inggeris dari blog Tun Dr Mahathir  Mohamad



1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.
2. Mengapakah Boeing mereka pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA. Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya.
3. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan.. jika tidak serta merta sekalipun.. setidak-tidaknya kemudian.
4. Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba (maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha. Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidak-tidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa juga)?
5. Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya. Saya juga boleh memperoleh maklumat mengenai mana-mana pesawat di mana jua – siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya.
6. Saya yakin dan percaya terdapat peralatan di dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan – mungkin GPS.
7. Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identity manusia terbabit. Sudah semestinya kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat Boeing)
8. Kali ini, pesawat MH370 telah hilang secara mutlak. Saya jangkakan di dalam telefon bimbit semua orang, ia juga telah hilang. Peralatan keselamatan di atas pesawat telah dimatikan. Malah, sistem keselamatan lapisan kedua dan ketiga (back-up) juga telah dilumpuhkan.
9. Pesawat MH370 ini dibina oleh Boeing. Oleh itu, Boeing patut menjelaskan bagaimanakah segala sistem keselamatan dan pengesan pesawat canggih ini boleh dimatikan, dalam erti kata lain.. gagal. Ini menjurus kepada rumusan samada teknologi Boeing sangat teruk, atau ia tidak selamat. Saya tidak akan terbang menaiki pesawat Boeing , sekiranya Boeing tidak mampu menjelaskan isu terbabit.
10. Sistem penerbangan kawalan jauh (drone) sekarang amat maju dan berkuasa. Apakah benar Boeing telah memasang sistem kawalan jauh ke atas pesawatnya bagi mengelak aktiviti rampasan dan keganasan? Jika benar.. maka kenapa ia tidak dikawal bagi membolehkan MH370 mendarat dengan selamat? Adakah tidak mustahil bagi pihak ke-tiga (selain Boeing dan MAS) mengambilalih kapal terbang dan mengawalnya dari jauh?
11. Apabila pesawat terhempas.. biarpun di atas tanah, mahupun di laut.. sudah pati ada bangkai pesawat ataupun tompokan minya. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi bukti terhempasnya pesawat. Persoalannya, bolehkah pesawat terhempas/tenggelam dengan begitu sempurna sehinga tiada kesan apa sekali pun?
12. Bolehkah kita percaya pesawat ini (MH370) jatuh dengan begitu tenang sekali di dalam lautan ganas (Laut Hindi) dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan? (tanpa meninggalkan sebarang petunjuk)
13. Sudah menjadi amalan kebiasaan, apabila pesawat terhempas, sepasukan pakar akan tiba ke lokasi dengan segera untuk mencari punca terhempasnya peawat. Boeing dan pihak berkuasa SEPATUTNYA berusaha mencari kapal terbang tersebut. TETAPI Boeing langsung tidak menunjukkan minat mencari, dan sebenarnya seperti langsung tidak menolong proses pencarian.
14. Syarikat penerbangan nasional MAS telah mengendalikan pelbagai pesawat dan ada rekod yang cemerlang. Juruterbang MAS juga amat terlatih. Jika sekiranya juruterbang ingin membunuh diri sekalipun, sudah tentu pembantu juruterbang dan kru kabin tidak akan membenarkannya berbuat demikian (demi keselamatan penumpang). Tetapi kali ini, ada kemungkinan kesemua kru penerbangan sudah ‘dilumpuhkan’ sama sekali (melalui cara yang tidak kita ketahui)
15. Boeing perlu menjawab kesemua persoalan ini. Boeing mesti membuktikan kesemua kemungkinan mengapa sistem komunikasi boleh dimatikan. Boeing patut menanggung tanggungjawab kerana membina sebuah pesawat yang boleh tiba-tiba hilang begitu sahaja secara total di tengah-tengah udara.
16. MAS tidak bersalah. MAS terlah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi pesawat Boeing tersebut telah bekelakuan luar dari kebiasaan. SIapa yang harus bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut.. iaitu Boeing Aircraft Corporation
[Tun Mahathir bercakap benar, sesuatu yang kita memang fikirkan selama ini. Kami bersama Tun Mahathir!]





kredit ......KELAB CHE DET ....

Tuesday, April 22, 2014

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM.....
Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya..

dari blog puteramariam blogspot....




Syukur kehadrat Allah SWT yang masih lagi memberikan keberkatan kepada tubuh badan ini berserta  kesihatan yang baik yang dibekalkan dengan  akal fikiran yang waras serta sempurna yang dihijabkan dengan  ketelusan hati , keterbatasan lidah untuk menzahirkan  kata-kata yang diharamkan untuk diucap, keterujaan pancaindera yang dipegunkan apabila melihat keagungan ciptaan Allah SWT,serta  pendengaran yang dihalang dari mendengar bisekan syaitan berserta  tangan-tangan yang diharamkan untuik menyentuh segala kemungkaran yang digabungkan dengan  kaki kaki yang dihalalkan untuk berjalan menuju  kearah yang diredai.

Alhamdullilah, syukur kepada  Allah, Tuhan Maha Pencipta

Setiap hari dan setiap saat pasti akan ada kematian. Itulah lumrah dan ketentuan bagi setiap yang hidup. Samaada yang kita sayangi, yang dekat mahupun yang jauh, semua itu adalah dugaan yang perlu dilalui olih sesiapa  makhluk yang diberinama 'manusia'.  Yang kaya yang miskin, yang alim atau sebaliknya, yang sihat mahupun yang sakit ataupun yang sempurna mahupun yang cacat semuanya tidak terkecuali. Hanya cepat atau lambat saja yang membezakan. Itulah ketentuan Sang Pencipta.

Namun akhir-akhir ini makhluk  dunia 'kerap'  diberikan amaran olih Yang Maha Esa, sama ada kita sedar atau tidak itulah hakikat yang perlu kita 'lalui' dan tempuhi untuk  dimasa yang mendatang ini.. Berbagai-bagai ancaman Allah SWT telah bermula dan disetiap sudut dunia ini tidak terkecuali dan bahangnya  yang telah mula dirasai olih manusia.

Cuaca tidak menentu, pasak bumi telah beralih, kemarau berpanjangan, hujan berlebihan, laut semakin melebar dan bumi semakin mengecil, masa semakin pantas berlalu , siang dirasakan semakin pendek dan malam semakin mencerah.Apakah kita tidak merasakan perubahan tersebut?

Walauapapun sebagai manusia kita hanya berserah kepada Yang Maha Esa untuk menentukan apa yang terbaik untuk kita.

Namun didalam keberadaan kita berserah itu, terdapat pula 'ancaman-ancaman hati' yang dilakukan olih tangan-tangan manusia yang tidak menyakini ketentuan  Allah SWT terutama golongan yang 'menidakkan' Allah SWT sebagai Tuhan Semesta Alam. Golongan ini menyakini 'kepercayaan' mereka terutama golongan-golongan yang menyembah berhala serta kelompok manusia yang mengangkat manusia sebagai Tuhan telah secara terangan 'menganggu gugat' keluhuran dan keharmonian agama Islam.bukan saja dinegara ini malahan perkara ini digerakkan secara global pula.

Puak-puak yang Allah SWT 'takrifkan' sebagai kafir ini mula menjadikan umat Islam sebagai musuh mereka. Walaupun usaha ini dilakukan secara diam-diam namun rahsia tersebut tidak lagi menjadi rahsia dan kini secara terangan kelompok kafir ini bersengkokol sesama mereka untuk 'menafikan' kebenaran Al Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w... Ancaman demi ancaman dilakukan terhadap umat Islam didunia. Kini umat Islam yang di 'bin'kan telah ditakrif sebagai 'ancaman atau calon terrorist'.

Melalui tangan-tangan atau 'ajenda' yang disengajakan olih kaum kafir ini,  telah mengucar kacirkan kebanyakkan dari negara-negara Islam. Kebanyakkan dari negara dibumi Arab semuanya "terjebak' dengan 'pengajendaan' ini dan kebanyakkan darinya telah menjadi huru hara dan kehidupan menjadi satu kesengsaraan pula kepada rakyatnya. Inilah yang berlaku dan amat sedih untuk disingkap.

Dengan kehadiran 'negara haram' iaitu Yahudi dikalangan negara-negara Islam, telah menyukarkan lagi 'perjalanan' pembaikan bangsa Arab. Dengan 'permainan' halus Yahudi  yang dilakonkan olih Amerika telah menderitakan lagi kehidupan semua bangsa Arab dibumi tersebut. Dengan permainan 'bermuka-muka' serta tunjuk baik telah menjerat  pemimpin Islam yang buta mata dan buta hati  terhadap 'jebak' yang dipasang. Permainan 'melaga-laga' sesama pemimpin Arab Islam dengan menabur kata-kata hasutan dari Israel telah menyebabkan perasaan iri hati dan syak wasangka semakin menebal dalam diri bangsa Arab dan ini menyebabkan amat susah untuk disatukan selamanya. Itulah takdir pilihan bangsa Arab kini.

Kini perkara yang sama telah berlaku dikalangan bangsa Melayu Islam dinegara kita.. Melayu Islam dinegara ini sudah berpecah-pecah. Hanya kerana fahaman politik telah mengakibatkan kelompok Melayu berpecah kepada 3 bahagian iaitu Melayu Islam UMNO, Melayu Islam Pas dam Melayu Islam PKR. Walaupun semua kelompok ini berkiblat dan bersahadah yang sama tetapi kefahaman politik yang dianuti telah membezakan mereka. Alangkah 'dayus' nya kelompok yang mefaikan antara satu sama yang lain walaupun  dari aliran yang sama iaitu Sunnah.

Perpecahan ini sebenarnya telah memberikan peluang yang luas kepada musuh Islam atau kapir untuk mencatur Islam demi kepentingan mereka. Cuba kita lihat dalam isu hudud yang 'cuba' diutarakan olih PAS. Kini keseluruhan orang kafir samaada bangsa Cina mahpun India walaupun dari aliran yang berlainan  dalam politik , tetapi mereka tetap lantang serta bergabung sesama mereka untuk  menentang penggunaan hukum  hudud  ini. Alangkah sedihnya apabila hukum Allah yang ingin ditegakkan terdapat juga suara sumbang orang Islam sendiri yang cuba mengaggalkanya. Allahhuakbar.

Walauapupun perbezaaan ini sudah amat kronik dan kefahaman agama yang terdapat dikalangan umat Islam sendiri telah 'tersasar' jauh. Sehinggakan 'kapir ' mati pun  ada pendapat  baru yang dilontarkan olih orang Islam demi menghalalkan 'cara' mereka. Itulah Islam yang 'difahami'  olih golongan yang berkepentingan. Namum apa yang menyedihkan 'lontaran' pandangan baru ini duilafaskan olih pemimpin Islam sendiri. Tepuklah dada tanya lah iman. Islam bentuk apakah yang ingin diwariskan kepada generasi akan datang.

Islam tetap Islam tetapi Islam kah anda?
Islam sebenar adalah  Islam yang berpandukan kepada  Al Quran dan Sunnah

Alhamdullilah, syukur kepada  Allah, Tuhan Maha Pencipta

Setiap hari dan setiap saat pasti akan ada kematian. Itulah lumrah dan ketentuan bagi setiap yang hidup. Samaada yang kita sayangi, yang dekat mahupun yang jauh, semua itu adalah dugaan yang perlu dilalui olih sesiapa  makhluk yang diberinama 'manusia'.  Yang kaya yang miskin, yang alim atau sebaliknya, yang sihat mahupun yang sakit ataupun yang sempurna mahupun yang cacat semuanya tidak terkecuali. Hanya cepat atau lambat saja yang membezakan. Itulah ketentuan Sang Pencipta.

Namun akhir-akhir ini makhluk  dunia 'kerap'  diberikan amaran olih Yang Maha Esa, sama ada kita sedar atau tidak itulah hakikat yang perlu kita 'lalui' dan tempuhi untuk  dimasa yang mendatang ini.. Berbagai-bagai ancaman Allah SWT telah bermula dan disetiap sudut dunia ini tidak terkecuali dan bahangnya  yang telah mula dirasai olih manusia.

Cuaca tidak menentu, pasak bumi telah beralih, kemarau berpanjangan, hujan berlebihan, laut semakin melebar dan bumi semakin mengecil, masa semakin pantas berlalu , siang dirasakan semakin pendek dan malam semakin mencerah.Apakah kita tidak merasakan perubahan tersebut?

Walauapapun sebagai manusia kita hanya berserah kepada Yang Maha Esa untuk menentukan apa yang terbaik untuk kita.

Namun didalam keberadaan kita berserah itu, terdapat pula 'ancaman-ancaman hati' yang dilakukan olih tangan-tangan manusia yang tidak menyakini ketentuan  Allah SWT terutama golongan yang 'menidakkan' Allah SWT sebagai Tuhan Semesta Alam. Golongan ini menyakini 'kepercayaan' mereka terutama golongan-golongan yang menyembah berhala serta kelompok manusia yang mengangkat manusia sebagai Tuhan telah secara terangan 'menganggu gugat' keluhuran dan keharmonian agama Islam.bukan saja dinegara ini malahan perkara ini digerakkan secara global pula.

Puak-puak yang Allah SWT 'takrifkan' sebagai kafir ini mula menjadikan umat Islam sebagai musuh mereka. Walaupun usaha ini dilakukan secara diam-diam namun rahsia tersebut tidak lagi menjadi rahsia dan kini secara terangan kelompok kafir ini bersengkokol sesama mereka untuk 'menafikan' kebenaran Al Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w... Ancaman demi ancaman dilakukan terhadap umat Islam didunia. Kini umat Islam yang di 'bin'kan telah ditakrif sebagai 'ancaman atau calon terrorist'.

Melalui tangan-tangan atau 'ajenda' yang disengajakan olih kaum kafir ini,  telah mengucar kacirkan kebanyakkan dari negara-negara Islam. Kebanyakkan dari negara dibumi Arab semuanya "terjebak' dengan 'pengajendaan' ini dan kebanyakkan darinya telah menjadi huru hara dan kehidupan menjadi satu kesengsaraan pula kepada rakyatnya. Inilah yang berlaku dan amat sedih untuk disingkap.

Dengan kehadiran 'negara haram' iaitu Yahudi dikalangan negara-negara Islam, telah menyukarkan lagi 'perjalanan' pembaikan bangsa Arab. Dengan 'permainan' halus Yahudi  yang dilakonkan olih Amerika telah menderitakan lagi kehidupan semua bangsa Arab dibumi tersebut. Dengan permainan 'bermuka-muka' serta tunjuk baik telah menjerat  pemimpin Islam yang buta mata dan buta hati  terhadap 'jebak' yang dipasang. Permainan 'melaga-laga' sesama pemimpin Arab Islam dengan menabur kata-kata hasutan dari Israel telah menyebabkan perasaan iri hati dan syak wasangka semakin menebal dalam diri bangsa Arab dan ini menyebabkan amat susah untuk disatukan selamanya. Itulah takdir pilihan bangsa Arab kini.

Kini perkara yang sama telah berlaku dikalangan bangsa Melayu Islam dinegara kita.. Melayu Islam dinegara ini sudah berpecah-pecah. Hanya kerana fahaman politik telah mengakibatkan kelompok Melayu berpecah kepada 3 bahagian iaitu Melayu Islam UMNO, Melayu Islam Pas dam Melayu Islam PKR. Walaupun semua kelompok ini berkiblat dan bersahadah yang sama tetapi kefahaman politik yang dianuti telah membezakan mereka. Alangkah 'dayus' nya kelompok yang mefaikan antara satu sama yang lain walaupun  dari aliran yang sama iaitu Sunnah.

Perpecahan ini sebenarnya telah memberikan peluang yang luas kepada musuh Islam atau kapir untuk mencatur Islam demi kepentingan mereka. Cuba kita lihat dalam isu hudud yang 'cuba' diutarakan olih PAS. Kini keseluruhan orang kafir samaada bangsa Cina mahpun India walaupun dari aliran yang berlainan  dalam politik , tetapi mereka tetap lantang serta bergabung sesama mereka untuk  menentang penggunaan hukum  hudud  ini. Alangkah sedihnya apabila hukum Allah yang ingin ditegakkan terdapat juga suara sumbang orang Islam sendiri yang cuba mengaggalkanya. Allahhuakbar.

Walauapupun perbezaaan ini sudah amat kronik dan kefahaman agama yang terdapat dikalangan umat Islam sendiri telah 'tersasar' jauh. Sehinggakan 'kapir ' mati pun  ada pendapat  baru yang dilontarkan olih orang Islam demi menghalalkan 'cara' mereka. Itulah Islam yang 'difahami'  olih golongan yang berkepentingan. Namum apa yang menyedihkan 'lontaran' pandangan baru ini duilafaskan olih pemimpin Islam sendiri. Tepuklah dada tanya lah iman. Islam bentuk apakah yang ingin diwariskan kepada generasi akan datang.

Islam tetap Islam tetapi Islam kah anda?
Islam sebenar adalah  Islam yang berpandukan kepada  Al Quran dan Sunnah.
                                            ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

Thursday, December 19, 2013

Rancangan saya, sebaik sahaja Cina mengambil alih negara ini.

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM.....
Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya..


Oleh kerana ketandusan idea kerana semua idea telah dihanyutkan banjir baru baru ini maka untuk mengisi ruangan kali ini saya kongsikan sebuah coretan yang telah diterjemahkan dari blog http://lifeofaannie.blogspot.com/ yang saya kira menarik untuk dikongsi....
.....
Rancangan saya, sebaik sahaja Cina mengambil alih negara ini.

Pilihan raya MCA yang akan diadakan hujung minggu ini.
Geng Liow Tiong Lai menentang geng Ong Tee Kiat ..

Tetapi bagi  yang benar-benar  prihatin.... tidak kira bagaimana kek anda mahu dipotong, potong serong atau potong dadu, kerana bagi majoriti masyarakat Cina, pemenang akan masih menjadi orang-orang seperti Lim Guan Eng, yang mereka merasakan pada satu hari nanti memberikan mereka kekuasaan dan  ketuanan politik di negara ini

…..Undi Cina tidak akan kembali ke MCA..

Mari kita bersikap jujur, berapa ramai ahli MCA yang mengundi DAP dan sekutunya dalam GE13? Anggaran peribadi saya adalah sekurang-kurangnya 70 peratus.
MCA telah berkhidmat dan mencapai tujuannya, yang telah mendapatkan kewarganegaraan dan keperluan asas bagi masyarakat Cina pada awal tahun-tahun pembentukan negara ini dan mendapatkan penguasaan ekonomi masyarakat melalui hubungan yang baik dengan majoriti masyarakat Bumiputra 

MCA telah  mencapai tujuannya dengan baik, dan kini sudah tiba masanya untuk masyarakat Cina untuk bergerak untuk mencapai perkara yang lebih besar: kuasa politik.

Ini adalah apa yang DAP telah bertungkus lumus mengajar masyarakat Cina sejak pilihan raya umum sebelum 2008.

Kuasa politik tertinggi hanya boleh dicapai oleh mereka dengan memberi sokongan penuh kepada DAP, perkara sebenar apa  yang bangsa mereka lakukan apabila lebih 90 peratus daripada mereka memberikan sokongan kepada parti tersebut semasa GE13 ini.

Sudah tentu DAP tidak boleh berada di barisan hadapan dalam perkara-perkara yang sebesar ini , sebelum tiba masanya kerana orang Cina di negara ini masih terdiri dari kurang daripada 30 peratus daripada penduduk. Mereka akan meletakkan boneka Melayu seperti Anwar Ibrahim sebagai pemimpin hadapan mereka. 

……..Tetapi itu hanya untuk sementara


Sebaik sahaja mereka berjaya mengaburkan semangat kebangsaan  kaum  lain, cita-cita untuk mencapai kekuatan  kuasa politik dan ekonomi boleh dicapai.
Itulah sebabnya orang-orang DAP yang menjerit rasis,rasis, perkauman! pada sesiapa sahaja yang bercakap tentang perpaduan Melayu atau identiti Melayu. Mereka perlu mencairkan perkara-perkara yang merupakan halangan utama kepada cita-cita mereka.
Adakah di pihak mereka mencairkan identiti bangsa Cina mereka sendiri untuk mencapai impian karut merekab apa yang dipanggil Bangsa Malaysia? ……sedikit haram pun tidak.
Lihatlah bagaimana seorang  ketua menteri yang menjerit nenek rasis! Nenek rasis! Nenek perkauman! pada seorang wanita Melayu tua yang mempersoalkan mengapa gerai Melayu haram 'telah dirobohkan manakala restoran Cina besar hanya beberapa meter jauhnya, yang juga dibina secara haram hanya di kompaun oleh kerajaan DAP Pulau Pinang itu.


Dalam gambar ini, Guan Eng (dua dari kanan) sedang menyatakan sokongan kepada wakil-wakil Dong Zong, persatuan yang mewakili sekolah-sekolah Cina  yang menuntut layanan yang sama daripada kerajaan untuk sekolah-sekolah mereka berbanding dengan sekolah-sekolah kebangsaan. Sudah tentu, mereka juga mahu semua guru di sekolah-sekolah mereka adalah penceramah fasih berbahasa Mandarin (satu lagi cara untuk memberitahu guru-guru Melayu untuk keluar dari sekolah mereka) dan kurangkan masa untuk pelajar-pelajar mereka belajar bahasa kebangsaan kerana mereka merasakan ia boleh menlancarkan keupayaan anak-anak mereka. untuk bercakap dalam Lidah ibunda mereka.


Secara jujur, saya mendapat tiada bantahan terhadap sekolah-sekolah Cina. Ibu saya belajar di sebuah sekolah Cina dari darjah satu hingga Tingkatan Lima. Tetapi bukanlah seperti sikap yang ditunjukan oleh Guan Eng iaitu sikap yang bersifat perkauman.. …Jadi, Melayu tak Boleh, Cina boleh, adakah begitu Guan Eng?


Nah, saya letakkan semua pemikiran peribadi ini untuk dirakamkan di sini kerana saya ingin menunjukkan kembali kepada orang Melayu bodoh dan Bumiputera dungu yang membuta tuli menyokong dan menjulang segala perancangan DAP ….ketika muka mereka akan dipalit najis lima tahun dari sekarang.
Pada masa itu ia akan menjadi terlalu lewat, mereka tidak akan mendapat kembali apa yang mereka telah hilang.

Posting ini juga bertujuan sebagai satu peringatan bagi orang-orang Umno bodoh yang masih berfikir bahawa mereka boleh meraikan dan menikmati kuasa mereka selepas memenangi jawatan parti mereka dua bulan lalu. …..Tetapi sudah tentu mereka akan mengabaikan semua amaran-amaran ini dan terus menjadi monyet-monyet yang sewajarnya gelaran yang layak untuk  mereka 

....Nah, ia telah ditakdirkan saya rasa.

Tidak mengapa, saya fikir saya hanya akan mendapatkan untuk diri saya seorang suami Cina dan bercampur gaul dengan masyarakat Cina apabila mereka mengambil alih segala-galanya. ……Yup, itu akan menjadi rancangan saya.
Mungkin salah satu daripada peracangan hari ini ,saya akan bertanya kepada lelaki Cina yang kadang-kadang membelanja saya makan malam di restoran mewah jika dia benar-benar cinta dengan saya ....

Anda semua yang lain bukan Cina lebih baik mempunyai beberapa rancangan back-up juga, okay ... melainkan anda benar-benar percaya bahawa apabila semua ini berlaku tidak lama lagi apabila penguasaan ekonomi dan politik masyarakat Cina yang kuat yang diketuai oleh DAP tidak akan mendiskriminasi anda lah.

Cheers.

HIDUP MELAYU …HEHEHE

milions credit for.... http://lifeofaannie.blogspot.com/  artikel asal boleh dibaca disini

Saturday, November 23, 2013

misteri piramid matahari di Bosnia....

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM.....
Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya..


MISTERI TEKNOLOGI PIRAMID BOSNIA


Para penganalisis bebas tentang bahan mentah dari lima Institut berasingan  mengesahkan bahawa Piramid Bosnia mengandungi bahan binaan konkrit berkualiti tinggi buatan manusia  menghapuskan semua keraguan mengenai kesahihan Piramid Bosnia. Tapak penyelidikan kontroversi Piramid Matahari Bosnia yang dianggotai pasukan lebih 200 saintis pelbagai kepakaran dari seluruh dunia melakukan analisis saintifik mengenai bukan sahaja sifat dan usia bahan-bahan bangunan, tetapi juga menentukan bagaimana tenaga piramid telah digunakan oleh ahli-ahli sains purba untuk aplikasi yang bermanfaat kepada manusia yang terdiri daripada perubahan suhu bumi, iklim , dan kemajuan dalam fisiologi kemanusian dan kesihatan.

Keputusan ujian yang dikeluarkan oleh makmal kimia dan penguraian Universiti Politeknik Turin , Itali terhadap analisis makmal yang dilakukan ke atas batu pasir dan blok konglomerat yang diambil dari  Piramid Matahari Bosnia menunjukkan bahawa sampel adalah bahan lengai yang diadun, sama dengan yang terdapat dalam konkrit Rom purba . Keputusan ini telah disahkan oleh analisis ke atas sampel dilakukan di University of Zenica , Bosnia- Herzegovina.

Dalam ujian bebas yang berasingan, Profesor Joseph Davidovits , Saintis Perancis terkenal, ahli Persatuan Egyptologists Antarabangsa dan penulis mengesahkan penemuan ini. "Saya melakukan elektron analisis mikroskopik sampel dan saya berpendapat kimia geopolymer yang digunakan untuk membuat ini adalah konkrit purba, " tulis Prof Davidovits ...(http://www.davidovits.info/34/the-pyramids-in-bosnia-europe-perhaps-in-roman-concrete)

Beliau menambah lagi bahawa sampel tersebut terdiri daripada simen geopolymer yang berasaskan kalsium/ kalium  dan  walaupun beliau tidak boleh menentukan usia sampel,beliau boleh membezakan bahawa ia bukanlah konkrit moden, tetapi lebih kepada seperti teknik yang digunakan oleh orang-orang Mesir 3500 tahun yang lalu. "

Di dalam bukunya , The Pyramids : satu Enigma Solved ,Davidovits membentangkan pengetahuan semasa berkenaan pembinaan piramid yang disokong oleh sains, sejarah, dan bahasa kajian yang telah membuktikan bahawa piramid Mesir telah dibina menggunakan batu agglomerated (  batu kapur yang dituang seperti konkrit).

Penyelidikan teknologi piramid telah sekian lama menduga bahawa teknologi peramid berkenaan tenaga berkaitan sains dan mesin yang jauh lebih maju daripada apa yang kita miliki pada hari ini.


Christopher Dunn , pengarang The Giza Power Plant,, diterbitkan pada tahun 1996 menjelaskan bahawa piramid adalah mesin tenaga purba, yang kini menjadi teori popular di kalangan penyelidik.
Piramid Bosnia mempunyai unsur-unsur yang sama diperincikan dalam piramid Giza yang membentuk struktur sistem penjana kuasa purba. Selepas melawat Bosnia pada tahun 2011, Chris Dunn menyatakan, " Semasa saya di Visoko , pakar-pakar dari pelbagai bidang menunjukkan keterujaan kepada keputusan kajian mereka terhadap bukit piramid tersebut. Mudah-mudahan, dalam masa terdekat, tanda-tanda jelas kejuruteraan jitu purba akan akhirnya dibongkar.

"Sekarang pada tahun 2013, tapak arkeologi Bosnia sekali lagi digali dan bukti saintifik baru telah ditemui yang membuktikan bahawa ketepatan kejuruteraan purba sememangnya digunakan untuk membina Piramid Bosnia.

Satu lagi bukti konkrit digunakan dalam pembinaan piramid ditunjukkan oleh kerja Profesor Michel Barsoum , Profesor Ulung di Jabatan Sains Bahan dan Kejuruteraan di Universiti Drexel , dan Profesor Gilles Hug,  Agensi Penyelidikan Aerospace Nasional Perancis yang telah menemui bukti saintifik bahawa bahagian Piramid Agung Giza telah dibina dengan formula bancuhan konkrit yang lebih awal. Ini menafikan mitos tua bahawa piramid telah dibina dengan hanya memotong blok batu kapur dan membuktikan teori bahawa konkrit dan nanoteknologi telah digunakan oleh orang dahulu kala.

Sejak ia ditemui pada tahun 2005 oleh Dr Sam Semir Osmanagich Ph.D. , pengarah Pusat Antropologi dan Arkeologi di Universiti Amerika di Bosnia -Herzegovina , kompleks Piramid Bosnia telah didiamkan oleh para arkeologi arus perdana sehingga bukti terbaru saintifik yang menjadikannya mustahil untuk menafikan kesahihan penemuan yang bakal merngubah fakta sejarah ini.

"Pasukan saintis pelbagai bidang menjalankan kajian ke atas tenaga enigma kosmik di tapak arkeologi di Bosnia pada berusaha keras untuk mendedahkan kecanggihan dari budaya kuno yang dianggap ketinggalan ini ," kata Dr SamOsmanagich . "Terdapat fakta tentang fenomena fizikal yang boleh disahkan secara saintifik , namun masih terdapat banyak soalan yang tidak terjawab atau dijelaskan menggunakan rakaman sejarah semasa "

Fakta yang telah disahkan oleh ujian analisis saintifik termasuk:

Matahari piramid berdiri lebih 722 kaki ( 220 m) tinggi iaitu sepertiga lebih tinggi daripada Piramid Agung Giza
Karbon Radio dating menunjukkan piramid berusia sekurang -kurangnya 24,800 tahun
Analisis bahan menunjukkan bahawa struktur adalah daripada konkrit buatan manusia
Terdapat satu blok seramik 8.000 kg di bawah piramid dalam terowong bawah tanah
Satu jalur tenaga, elektromagnet semula jadi dengan radius 4.5 meter dan kekerapan 28 kHz, telah dikesan dan diukur yang datang dari bahagian atas piramid Matahari
Satu jalur ultrasound dengan radius 10 meter dan kekerapan 28-33 kHz telah diukur pada bahagian atas piramid


Piramid Bosnia adalah sejajar dengan mata kardinal bumi dan berorientasikan kepada arah Utara
"Walaupun puluhan ribu piramid telah ditemui di seluruh planet ini, tiada satu pun yang kualiti dan tarikh pembinaan dapat menyaingi yang terdapat di Bosnia, "
"Bosnia adalah piramid asal , yang tertua dan terbesar yang pernah dibina. Ia mempunyai  tahap orientasi tepat arah Utara dan berpotensi sebagai kunci untuk membongkar maklumat mengenai teknologi kuno yang boleh membebaskan dunia dari pergantungan kepada bahan api fosil dan menawarkan kemungkinan mencari penemuan perubatan mengagumkan dalam komuniti saintifik. "
Ujian perubatan di kesan ke atas aura manusia telah dilakukan di Piramid Bosnia dan bukti awal menunjukkan bahawa tahap fisiologi dan keadaan emosi yang sangat tinggi dalam piramid. Ini adalah disebabkan oleh pengurangan ion negatif yang terdapat dalam atmosfera kita.

info lanjut....
http://www.piramidasunca.ba/eng/home-en.html?view=featured

Piramid juga terdapat di malaysia ?

Menurut laporan News Straits Time pada 10 Disember 2007 telah melaporkan bahawa terdapat piramid berdekatan Tasik Chini di Pahang. Piramid tersebut yang kini menjadi sebuah bukit yang dipenuhi hutan belantara 

                                    sebuah bukit dikawasan rata berhampiran tasik chini

Sebuah lagi struktur bukit yang tirus di hujungnya seakan-akan sebuah piramid dengan struktur yang sedikit pelik berhadapan dengan Saufiville Resort, Janda Baik, Pahang.

Admin sebuah blog menceritakan pengalaman dari saksi yang pernah masuk ke dalam piramid melayu tersebut. Berikut merupakan petikan dari blog beliau :

“SUIS UNTUK MENYALAKAN SUMBER CAHAYA DARI DARI CELAHAN DINDING YANG MENERANGI BAHAGIAN DALAM PIRAMID YANG SANGAT LUAS. BILA DILIHAT PADA BAHAGIAN DINDING TIADA SEBARANG MENTOL CUMA ADA SEOLAH JALURAN BESI YANG BERCAHAYA DAN TERBENTUK DINDING BERCAHAYA YANG MENERANGI PIRAMID,” (dari saksi yang masih hidup dan masuk ke dalam)

Menurut admin blog tersebut lagi, kononnya di dalam piramid tersebut mempunyai bekalan kuasa yang amat menakjubkan kerana ianya dihasilkan dari kuasa ketulan batuan yang bercahaya malah ianya bukan seperti obor-obor yang biasa dilihat di zaman kesultanan melayu dahulu tetapi berbentuk suatu jaluran yang mengandungi cahaya di dalamnya.(blog milataryofmalaysia)


Penerangan Al Quran tentang piramid


Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut::

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)
Wallahualam....